Dynamic Blinkie Text Generator at TextSpace.net

Tuesday 12 March 2013

MITOS_Pantang larang ibu mengandung


Bila seorang isteri menyampaikan berita gembira tentang kehamilannya pada suami tercinta, sering kita dengar pelbagai nasihat dari si suami kepada isterinya berdasarkan mitos pantang larang mereka yang terdahulu. Begitu juga, setiap perlakuan dan pergerakan si isteri sudah mula dibelenggu dengan pelbagai pantang larang dan mitos sepanjang kehamilan, sehingga beliau bersalin. Ada di antaranya ingin saya kongsikan bersama semua pembaca.

Bentuk perut petunjuk jantina
Terdapat andaian yang memberitahu perut yang menonjol ke hadapan atau membuncit ke atas memberi petunjuk janin yang dikandung adalah lelaki. Manakala, bentuk perut yang melebar pula dikatakan bayi perempuan. Secara jelasnya, tiada fakta yang tepat yang dapat menyokong sumber yang dimaklumkan. Bentuk, ukuran mahupun arah perut tidak boleh dijadikan sebagai andaian. Yang paling penting adalah menjaga, merawat dan menyayangi janin yang ada dalam kandungan sehingga selamat dilahirkan.

Minum kopi punca tanda lahir
Perlu ibu ketahui, sekadar mengambil secawan kopi sehari ia tidak akan menjejaskan kesihatan kulit anda. Justeru, kopi tiada kaitan yang jelas dengan tanda lahir yang ada pada bayi anda.

Bayi perempuan ‘curi’ kecantikan ibu
Akibatnya ibu kelihatan kusam dan tidak bermaya sepanjang kehamilan. Hakikatnya, wajah kusam dan kulit yang tidak cantik pada ibu mungkin terjadi akibat perkembangan janin sehingga menyebabkan kulit itu mengalami kekeringan. Barangkali juga ia diakibatkan oleh suhu yang panas dan gangguan hormon. Perlu diketahui, kulit kering tidak dapat menjadi indikasi yang dapat menentukan jenis janin.

Elak jumpa orang cacat
Tatkala bertemu dengan seseorang yang berwajah buruk atau cacat, bakal ibu akan berasa bimbang. Ada juga saudara mara yang minta anda menghindari dari bertemu dengan golongan sebegitu. Alasannya bimbang janin akan terkenan dan mengalami keadaan yang sama seperti mereka. Jangan bimbang, hal sebegitu tidak akan berlaku. Janin tidak akan menjadi buruk wajahnya hanya dengan melihat sesuatu yang buruk. Sebaiknya dari awal lagi, amalkan membaca surahsurah pilihan untuk membantu ibu sentiasa tenang emosi sekaligus mempengaruhi janin dalam kandungan. Bakal ibu juga perlu mengambil vitamin yang dibekalkan oleh doktor agar janin dalam kandungan sihat dan selamat.

Gemar makan asam tanda dapat anak lelaki
Ada juga yang menyatakan ibu hamil yang gemar memakan coklat akan melahirkan janin perempuan. Justeru, bagi anda yang mahukan bayi lelaki akan meminta pasangan membelikan anda mangga muda. Sabar ya bakal ibu! Tiada jaminan perubatan yang dapat menentukan keinginan makan sesuatu boleh menentukan jantina pada janin anda.

Bayi berambut buat ibu panas
Ianya hanyalah mitos, hal ini kerana gejala panas dalam adalah biasa buat wanita hamil. Terutama di akhir trimester, apabila janin mula memberikan tekanan kepada organ ibunya.

Ibu hamil perlu mengelakkan makan sambal
Dikatakan mengambil sambal berlebihan boleh menyebabkan kepala janin botak. Perlu diketahui cili bukan punca kepada kebotakan. Namun, ibu masih perlu mengurangkan pengambilan makanan pedas agar ibu dapat mengelakkan berlakunya masalah cirit birit.

Jangan makan nanas
Wanita hamil juga sering kali diingatkan agar tidak memakan nanas mahupun asam. Hal ini kerana ia boleh menyebabkan keputihan, keguguran dan meningkatkan lendir pada paru paru bayi malah ada yang menyatakan ia boleh menyebabkan bayi kuning. Perlu diketahui, nenas kaya dengan vitamin C dan ia membantu penyerapan zat besi dan menurunkan risiko jangkitan kuman dan pra matang. Namun, pengambilannya yang berlebihan iaitu lebih dari 1000mg/hari ia mampu mencetuskan masalah kesihatan yang lain terutama pada anda yang sensitif.

Jangan duduk di muka pintu
Kata orang tua ia boleh menyebabkan ibu sukar melahirkan. Hal ini kerana, perlakuan ibu dikatakan menghalang laluan orang. Perlu diingat, pintu merupakan laluan angin. Sebab itulah, bakal ibu perlu menghindari daripada berada di muka pintu untuk mengelakkan tubuh mereka sejuk dan berangin. Ia sama sekali tidak ada kaitan dengan proses kelahiran secara pembedahan.

Ibu hamil degil akan bermasalah
Ada yang memaklumkan jika bakal ibu tidak mahu mengikuti pantang larang yang diberikan bermakna bakal ibu akan dilanda masalah. Seharusnya bakal ibu jangan marah, ucapkan terima kasih dengan pandangan yang mereka berikan. Namun, pandangan yang tidak boleh diterima, tidak perlu disimpan dalam hati sehingga mengganggu emosi ibu. Yakinlah bahawa baik atau buruk perjalanan hidup seseorang telah diatur oleh Allah.
Walaupun pelbagai mitos telah dikemukakan wanita hamil tidak perlu terlalu taasub sehingga menyebabkan perjalanan kehamilan anda menjadi tidak ceria.

Monday 4 February 2013

hari² stress ku

assalamualaikum...

herm...hari nie...hari isnin...4 feb 2013..hari prtma dlm smnggu untk ke office...
mcm biase la jem...xpyh nk kate la kn...tp tu aku da biase da tempuh hri²..
elok je siap2 mnd n pkai bju smua, aku cri beg mekap aku xda...tgk jam dh pkul 7..
nk mnjerit je rse..tp aku than sbb xnk rosakkan hari aku..
then aku tny hubbie, dye kate aku ltak bwah seat mtor..pergh......
mendidih hati aku sbb slah sndri..dh la duk tgkt 6..nk naek lif mmng jem la dgn bdak² skolah nyer..aku pn cri la bedak² saki baki yg ade..so, aku pegi kje dgn muke pucat mcm hntu la..
then, yg paling aku sentap sngt hrinie bile duit yg aku letak lam poket utk tol, tggal 4osen je...
mne lg sringgit ?? mlyang?? gelabah gile aku...bkak seat mtor cri dompet...
yg mtor blkg blmbak² smpai ade cina tua tu mrah n kta aku gila...
ceitttt ! nsib baik hg cina...law x, aku maki balek...tu baru yg ke2..
ade lg kesengsaraan aku kt ofis hrinie..dtg je ofis, kne arrabge blik meeting, 
call caterer tny psal mkn..then terkejar² lak cri cndrahti utk tetamu...
bpak lmbat nk kne pegi cri...jem jem jem n jemmmmm...sentap...
bile dh slsai smua, otak aku lak jem..nie hujan lebat lak...cmna nk kelik weyh ????

# mood : berserah hnya padaMU ~

Thursday 27 December 2012

Apakah Piramid Makanan?

 


Piramid makanan merupakan panduan bagi memilih makanan secara sihat. Makanan yang dimakan seharian perlu diambil paling banyak daripada kumpulan makanan di bahagian palingbawah Piramid, dan paling sedikit daripada kumpulan makanan di bahagian paling atas. PiramidMakanan mengandungi makanan yang dibahagikan kepada lima kumpulan berasaskan kepadakandungan zat dan fungsinya.


ARAS 1
Bijirin, Hasil Bijirin dan Ubi-ubian

Aras 1 Piramid Makanan mengandungi kumpulan makanan yang kaya dengan karbohidrat
kompleks, yang merupakan sumber tenaga yang utama. Makanan ini juga membekalkan vitamin,mineral, serat dan sedikit protein. Di dalam setiap hidangan, makanan daripada kumpulan iniperlu diambil paling banyak.
Contoh makanan bagi kumpulan ini adalah nasi, bubur, mi, mihun,
roti, pasta, bijirin sarapan, capati, thosai, biskut, dan ubi keledek, keladi dan kentang.


ARAS 2
Sayur-sayuran dan Buah-buahan

Sayur-sayuran dan buah-buahan terletak di Aras 2 Piramid Makanan. Makanan ini kaya denganvitamin, mineral dan serat. Makanlah buah-buahan dan sayur-sayuran dengan banyak, dan pelbagaikan pilihan di dalam setiap hidangan.


ARAS 3
Daging, Ayam, Ikan dan Kekacang

Daging, ayam, ikan dan kekacang terletak di Aras 3 Piramid Makanan. Makanan ini kaya dengan protein, vitamin B, zat besi, zink dan magnesium. Pilihlah daging rendah lemak dan buang semua lemak yang kelihatan pada daging dan ayam. Sekali sekala tukarkan penggunaan daging dengan kekacang, kerana ianya rendah lemak dan kaya dengan serat.
Contoh kekacang adalah kacang soya dan hasilnya (seperti tauhu dan tempe), kacang dhal dan kacang merah.


Hasil Tenusu

Hasil tenusu juga terletak di Aras 3 Piramid. Contoh hasil tenusu ialah susu, keju dan dadih. Makanan ini kaya dengan protein, kalsium dan biasanya diperkaya dengan vitamin D. Plihlah hasil tenusu rendah lemak.


ARAS 4

Lemak, Minyak dan Gula

Lemak, minyak dan gula, juga makanan yang kaya dengan bahan ini terletak di Aras 4 Piramid.
Ini menunjukkan hanya sedikit sahaja makanan daripada kumpulan ini yang perlu dimakan

trimas kerana membaca :)
~ sekadar berkongsi ~

Wednesday 19 December 2012

sudah kawen kah bel0mmmm??



hey... assalamualaikum...

taggal 3 nov 2012 jam 9.00 mlm, kt umah aku, aku n mohamad faizal mohmed telah diijabkabulkan dengan hanya sekali lafaz....alhamdulillah kn...da jd bini org da aku...tp kt ofis, yg xtaw aku kwen, duk mnggtal lak...depa xcye la ape la...lntak la...jnji da kwen..da sblan lbh da kwen...dlu single, kapel, tunang, kawen, skg pk nk jd mak la pulak kn? erm..takot la..cmna rsa jd ibu muda erk?? hurm saborrr jelaaa....yg pnting aku rsa hepi sgt skg...dh xperlu rsau, cinta hati ade je dpan mate (mase g kje xda la dpn mate, duk blkg mate la pulak..hehe) neway,, to all kapel yg kt luar sna tu, cpat² la kwen erk...byk kbaikan n kenikmatannyer...trust me :) whatever it is, my love is always for u my dearest hubby Mohamad Faizal <3
hey... assalamualaikum...

Saturday 28 July 2012

couple weyh ! huhu

(: REALITI COUPLE-COUPLE SKRANG :)

Lelaki Hensem dan Perempuan Cantik
- Haa, pasangan ni kalau kita tengok pun memang nampak kena je, serasi yang amat.. orang lain pun tengokpun puas hati.. takdela nak mengedik sana sini..


Lelaki Hensem dan Perempuan Tak Cantik
- Kalau macam ni kita dapat perhatikan yang perempuan tu suka pegang berkepit rapat-rapat kat boyfriend tu, konon-konon takut terlepas, sekali sekala apabila ada perempuan lain yang lebih cantik melintas di hadapan mereka, kelihatan si girlfriend ni akan tengok dengan jelingan yang tajam kat perempuan tu, konon-konon takut boyfriend nya di ‘usha’ perempuan tersebut. Biasanya si boyfriend ni agak sedikit segan dengan kelakuan girlfriend nya tu..


Lelaki Tak Hensem dan Perempuan Cantik
- Ni mungkin banyak terjadi dalam masyarakat sekarang.. haha, selalunya si boyfriend ni akan jalan dengan bergayanya sebab dapat awek yang cantik di sisinya, kadang-kadang boyfriend ini akan mengenakan cermin mata hitam untuk kelihatan lebih menarik.. selalunya pasangan jenis ini mungkin disebabkan lelaki ini berpangkat besar dan berpoket tebal.. ekeke


Lelaki Tak Hensem dan Perempuan Tak Cantik
- Pasangan ini biasanya tidak menonjol sangat, mereka cool aja, tak kisah apa orang pandang.. dan tidak terlalu membuat perkara yang menarik perhatian orang lain..


P/s : Tapi apa-apapun baik lelaki/perempuan cantik atau tidak, bersyukurlah terhadap apa yang anda ada, sekurang-kurangnya ada juga yang sayang kat korang kan? :)
Ini hanya sebagai hiburan dan rekaan semata-mata. tiada kena mengena antara yang hidup dan mati.

Sunday 24 June 2012

ALHAMDULILLAH ~

Assalamualaikum readerz ~ alhmdulillah...21 ribulan jun 2012, aku dpt msej dri tnb sruh cek emel aku, n aku da dpat kje! happy sgt2 aku rse, pnntian aku slme 8blan akhrnyer brjya jgak..hehehe da la xda org dlam, aku just d0a je spya dpat kje nie, bkn snang nk dpt kn ? rnie aku brtolak dri grik ke p.pnag, kt kpla btas, umah kak aku..ptg jpg baru nk pegi tgk tmpt kje aku, kt wisma tnb jln anson, p.pnang..kt ge0rget0wn la kn ?? jauh 2...sberang sane..cmna aku nk hdup tnp mk ayh nie ?? da la xda 0rg trsyang..adesss...sunyi3 ! tp xpe...kje pny psal, aku snggup..asalkan dpt kurangkan beban mk ayh baku kn..kt tnb, aku apply pembantu tdbir..alhamdulillah...dpat jgak akhirnye, d klngan beratus2 org yg pegi intrview kt hq bngsar hritu..xsia2 la aku dtg dri jauh kn..mnumpang umah kwn abg aku, kwan abg aku da kwen la, kt dmnsara..nie,mnumpang umah kak aku lak..tp kejapje smntara nk apply kuarters kt tnb lak..hurm..smoga ALLAH permudahkan urusan aku smsa kt snie..hdup brdkari...hrap2 aku xlupe dri..d0akan aku ye kwan2 ~

# aku rindu mak ayh nnty !