Bila seorang isteri menyampaikan berita
gembira tentang kehamilannya pada suami tercinta, sering kita dengar pelbagai
nasihat dari si suami kepada isterinya berdasarkan mitos pantang larang mereka
yang terdahulu. Begitu juga, setiap perlakuan dan
pergerakan si isteri sudah mula dibelenggu dengan pelbagai pantang larang dan
mitos sepanjang kehamilan, sehingga beliau bersalin. Ada di antaranya ingin saya
kongsikan bersama semua pembaca.
Bentuk perut petunjuk jantina
Terdapat andaian yang memberitahu perut yang menonjol ke hadapan atau membuncit ke atas memberi petunjuk janin yang dikandung adalah lelaki. Manakala, bentuk perut yang melebar pula dikatakan bayi perempuan. Secara jelasnya, tiada fakta yang tepat yang dapat menyokong sumber yang dimaklumkan. Bentuk, ukuran mahupun arah perut tidak boleh dijadikan sebagai andaian. Yang paling penting adalah menjaga, merawat dan menyayangi janin yang ada dalam kandungan sehingga selamat dilahirkan.
Minum kopi punca tanda lahir
Perlu ibu ketahui, sekadar mengambil secawan kopi sehari ia tidak akan menjejaskan kesihatan kulit anda. Justeru, kopi tiada kaitan yang jelas dengan tanda lahir yang ada pada bayi anda.
Bayi perempuan ‘curi’
kecantikan ibu
Akibatnya ibu kelihatan kusam dan tidak bermaya sepanjang kehamilan.
Hakikatnya, wajah kusam dan kulit yang tidak cantik pada ibu mungkin terjadi akibat
perkembangan janin sehingga menyebabkan kulit itu mengalami kekeringan. Barangkali juga ia diakibatkan oleh suhu yang panas
dan gangguan hormon. Perlu diketahui, kulit kering tidak dapat menjadi indikasi
yang dapat menentukan jenis janin.
Elak jumpa orang
cacat
Tatkala bertemu dengan seseorang yang
berwajah buruk atau cacat, bakal ibu akan berasa bimbang. Ada juga saudara mara
yang minta anda menghindari dari bertemu dengan golongan sebegitu. Alasannya bimbang janin akan terkenan
dan mengalami keadaan yang sama seperti mereka. Jangan bimbang, hal sebegitu
tidak akan berlaku. Janin tidak akan menjadi buruk wajahnya hanya dengan
melihat sesuatu yang buruk. Sebaiknya dari awal lagi, amalkan
membaca surahsurah pilihan untuk membantu ibu sentiasa tenang emosi sekaligus mempengaruhi janin dalam kandungan. Bakal ibu juga perlu mengambil vitamin yang
dibekalkan oleh doktor agar janin dalam kandungan sihat dan selamat.
Gemar makan asam
tanda dapat anak lelaki
Ada juga yang menyatakan ibu hamil yang
gemar memakan coklat akan melahirkan janin perempuan. Justeru, bagi anda yang
mahukan bayi lelaki akan meminta pasangan membelikan anda mangga muda. Sabar ya bakal ibu! Tiada jaminan
perubatan yang dapat menentukan keinginan makan sesuatu boleh menentukan
jantina pada janin anda.
Bayi berambut buat
ibu panas
Ianya hanyalah mitos, hal ini kerana
gejala panas dalam adalah biasa buat wanita hamil. Terutama di akhir trimester,
apabila janin mula memberikan tekanan kepada organ ibunya.
Ibu hamil perlu
mengelakkan makan sambal
Dikatakan mengambil sambal berlebihan
boleh menyebabkan kepala janin botak. Perlu diketahui cili bukan punca kepada
kebotakan. Namun, ibu masih perlu mengurangkan pengambilan makanan pedas agar
ibu dapat mengelakkan berlakunya masalah cirit birit.
Jangan makan nanas
Wanita hamil juga sering kali
diingatkan agar tidak memakan nanas mahupun asam. Hal ini kerana ia boleh
menyebabkan keputihan, keguguran dan meningkatkan lendir pada paru paru bayi
malah ada yang menyatakan ia boleh menyebabkan bayi kuning. Perlu diketahui, nenas kaya dengan
vitamin C dan ia membantu penyerapan zat besi dan menurunkan risiko jangkitan
kuman dan pra matang. Namun, pengambilannya yang berlebihan iaitu lebih dari
1000mg/hari ia mampu mencetuskan masalah kesihatan yang lain terutama pada anda
yang sensitif.
Jangan duduk di muka
pintu
Kata orang tua ia boleh menyebabkan ibu
sukar melahirkan. Hal ini kerana, perlakuan ibu dikatakan menghalang laluan
orang. Perlu diingat, pintu merupakan laluan angin. Sebab itulah, bakal ibu
perlu menghindari daripada berada di muka pintu untuk mengelakkan tubuh mereka
sejuk dan berangin. Ia sama sekali tidak ada kaitan dengan proses kelahiran
secara pembedahan.
Ibu hamil degil akan
bermasalah
Ada yang memaklumkan jika bakal ibu
tidak mahu mengikuti pantang larang yang diberikan bermakna bakal ibu akan
dilanda masalah. Seharusnya bakal ibu jangan marah, ucapkan terima kasih dengan
pandangan yang mereka berikan. Namun, pandangan yang tidak boleh diterima,
tidak perlu disimpan dalam hati sehingga mengganggu emosi ibu. Yakinlah bahawa
baik atau buruk perjalanan hidup seseorang telah diatur oleh Allah.
Walaupun pelbagai mitos telah
dikemukakan wanita hamil tidak perlu terlalu taasub sehingga menyebabkan
perjalanan kehamilan anda menjadi tidak ceria.
No comments:
Post a Comment